Smile! You’re at the best WordPress.com site ever

Selamat Hari Guru :)

suke hari guru 🙂

Selamat Hari Guru

* mama

* cikgu tadika

* cikgu sekolah rendah

*cikgu sekolah menengah

* cikgu sekolah menjahit, memandu

* lecturer kat UiTM Dungun

* lecturer kat UiTM Shah Alam

* lecturer n tutor kat UPSI

* cikgu2 kat MGS

* lecturer2 kat KPTM Bangi

* rakan-rakan saya yang dh bergelar cikgu

* sesiapa je yang telah mengajar saye secara lansung n tidak lansung 🙂

teachers plant seeds of knowledge that grow forever

thanks ols

deep from my heart

azmira roslan 🙂

bunge untuk semua ♥

Advertisements

Next trip??

lagu tradisi Sabah…Jom pegi Sabah ols….:)

Jom Jalan-jalan

Bila rasa stress keje n duit lebih ade…pe kate kita pegi jalan….

nak pegi jalan mane eh? ok…meh kite tgk hint sikit…hehe

*

*

*

*

*

*

*

ok…ni bukan hint ye…ini jawapan..haha…iye…kite g jalan kat Pulau Langkawi!!

Ok…sebelum kite g jalan jauh-jauh lagi….mari kita amik tau sikit tentang Pulau Lagenda ni…..

*****

Nama Langkawi ialah kombinasi antara “Lang” dan “Kawi”.

“Lang” diambil daripada perkataan Bahasa Melayu iaitu helang.

Pada suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi.

Kawi beerti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih.

Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa.

Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu batu kawi.

Batu Kawi dikatakan turut terdapat di Langkawi.

Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri di atas Batu Kawi.

*****

Jom kita tgk gambar burung helang 🙂

Destinasi 1

Arca seekor burung helang. Tempat ni diberi nama “Dataran Lang” kat Pekan Kuah..

Dah penat jalan-jalan kat Dataran Lang, moh kita pegi kat tempat yang bersejarah kat pulau ni….

Destinasi 2

Orang kata tak elok amik gambar kubur, so kita amik gambar papan tanda je la ye…:)

Sapa Mahsuri ni? Jom baca sikit…owh…banyak :p

*****

Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi.

Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi.

 Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.

Sejak zaman kanak-kanak lagi Mahsuri telah menunjukkan ciri-ciri luar biasa dimana dia tidak seperti kanak-kanak yang lain dari segi paras rupanya yang tak jemu mata memandang, dari segi tutur katanya dan tingkah lakunya yang penuh sopan santun cukup melambangkan betapa tingginya budi pekerti dan akhlak Mahsuri.

Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, iaitu adik kepada wakil Sultan di Langkawi, Datuk Pekerma Jaya dan Wan Mahora.

 Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya.

Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara singgah di Langkawi.

Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.

Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, kakak iparnya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi.

Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menfitnah Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.

Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh Dato Pekermajaya abang iparnya sendiri.

Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman.

Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak.

Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri.

Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti yang terdapat di alang rumahnya.

Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih  dan ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.

*****

Inilah al-kisahnya…..tempat ni dinamakan “Makam Mahsuri”…

Sekarang nak sambung meronda…..JOM!!

Destinasi 3

Kami nak pegi kat tempat tinggi sikit kali ni….hehe….tempat tu terletak kat Oriental Village….so sebelum naik tinggi-tinggi…kita snap gambar dulu….

Oriental Village*****ujan plak time ni…tp sebab dh sampai….takkan nak balik semula kan…..hahaa

Jap je kat sini…sbb nak naik cable car sgt dh…lgpun ujan kan….

entrance cable car…..xde pun orang berbarisssssss!!kat atas dh ramai yg Q..hehe

angin kat atas sgt kuat plus hujan rintik-rintik tapi nak jugak bergambar…..ok..sila tgk gambar background…kabus yang tebal…lol :p

motif : nak suh korang tgk dlm red circle tu ye..652.5 meter above sea level…takat situ je kami mampu pegi sebab path licin sebab hujan….yang ni pun dh sangat berhati-hati…:p

Orait…disebabkan cuaca tak bagus….so ktorang tak dapat nak pegi tempat gayat ni….mmg pihak pengurusan tutup tros….nasib baik tutup oppsss…haha

serius tinggi….huhu

Dah dah…jom pegi next destination….

Destinasi 4/ Aktiviti 1

Ok…aktiviti ni dipanggil “Island Hoping”……

Pulau Beras Basah + Tasik Dayang Bunting + Eagle Feeding = rm75(per person)

ha…..sebelum ni jejalan kat darat je…jom kite naik boat plak….ni mmg pakej yang slalu orang cari la selain nak g scuba n snorkelling….

rate ni ikut musim…kalo time cuti sekolah naiklah rate ini….haha…so pegi la Langkawi bukan waktu puncak ye..haha..tp rm75 ok kot…utk dpt pengalaman baru….skali skali…hehe 🙂

Destinasi 5

ha…masa yang ditunggu-tunggu….tunggu ke?AAK!haha…

Kita naik kat darat tapi macam ada kat dalam air….haaaa…teka-teka….;p

mari layan gambar lagi dan lagiiiii…..

nama saintifik dah lupa…tapi ini ialah belut….

gamat laut….

ok…tulah sikit-sikit gambar….rasa macam dalam laut tak?haha

Ini ialah “Underwater World”….sangat sesuai untuk parents yang ada anak-anak kecil…sambil jalan sambil blaja ye adik-adik…hehe..

Entrance fees :

Adults : RM38 (without Mykad)

                 RM28 (with Mykad) :))))

Childrean : RM28 (without Mykad)

                        RM18 (with Mykad)

Senior Citizen : RM22 (with Mykad)

Destinasi 6/ Aktiviti 2

Apa itu “Parasailing”?

Jom amik tau…..

*****

Parasailing …….

ialah satu aktiviti riadah yang dimana seseorang itu ditarik

oleh sesuatu kenderaan

(kebiasaannya bot) di mana bersertakan dengan payung terjun yang direka khas.

Bot itu akan menarik orang yang berkelengkapan payung terjun naik ke udara.

.

*****

Yes…itulah dia…..

Q : Mahal ke tak nak kena bayar?

A : Macam biasa. ikot musim…musim cuti sekolah mahai la sikit eh….tapi pandai2 nego la…:).

Q : Takut tak?

A : Tak!!sebab naik berdua..kalo naik sorang tatau la….tak jugak kot…haha

parasailing 🙂

Seronok naik parasailing ni…dpt tengok laut dari atas…sangat cantik…hilang rasa takot segala….so…aktiviti ini is highly recomended ya…haha

______________________________________________________________________________________________________

Penat dah jalan-jalan…3hari 2malam kat Langkawi memang tak cukup tapi kekangan masa kan….next time kita jalan-jalan lagi kat tempat lain…..

***jauh perjalanan luas permandangan***

ok…siap jugak assignment ni….lalalala

mari buat assignment lab :)

okey…sekarang dah minggu ke sebelas…3 weeks to go….jadi mari kita belajar buat blog…haha…. 🙂

ok…till then..tata

Hello world!

Welcome to WordPress.com! This is your very first post. Click the Edit link to modify or delete it, or start a new post. If you like, use this post to tell readers why you started this blog and what you plan to do with it.

Happy blogging!